Tuesday, April 28, 2015

HOUSEMATES

Dear housemates,

Nuraz, Fiza, Nuren, Rose, Unaa....

I'm officially missing you guys right now TT (tiru ayat dak Nuren)

First of all, Fizaa. Aku nak ucapkan banyak-2 terima kasih kat kau. Antara sebabnya, kau selalu masak makanan untuk kitaorang budak rumah tu. Kau lah jadi macam ibu dah dalam rumah tu. Apa nak, kau tolong masakkan. Thanks banyak hulurkan bantuan especially masa aku takde duit. Duit aku kan setiap sem lambat masuk. Kau sudi bagi pinjam duit kau dulu nak bayar itu ini kan. Aku nak minta maaf andai aku pernah buat kau tersinggung atau terasa hati dengan aku. Maaf jugak kalau aku ada keluarkan kata-2 tak baik tanpa disengajakan.

Nuren, aku tak biasa panggil kau 'Nong'. HAHA! Thanks Nuren, kau la yang boleh bagi pinjam baju time aku takde t-shirt masa nak pergi jalan-2. Even kau kecik dari aku, aku pinjam jugak. Hehehh. Aku tahu kau kurang melayan aku lately ni. Takpe, aku tak ambik hati pun. No worries okayy?? Kau pun sama, thanks pernah belanja aku sebelum-2 ni. Mintak halalkan semua nya. Kau lah geng selfie aku selalu. Thank you Nurennnnnnn!!!! Aku minta maaf kalau pernah buat terasa hati, mengumpat kau, terkutuk ke, tanpa sedar.  Last, semoga kau berbahagia dengan Zaripp. Heheheh.

Nurazilaa. Ilaa, teman sekatil aku. Takde kau tak bergoyang katil tu. Hahahh! Ilaa, thanks sebab bagi pinjam motor kau. Thanks bawak kitaorang jalan-2 satu Melaka. Rasanya dah tawaf Melaka dah kan. Even kau pun kadang-2 taktahu pun tempat tu kat mana, tempat ni kat mana. Kau la macam tourist guide kitaorang ni. Aku tak rapat dengan kau Ilaa, tapi bila kita dah duduk sebilik sekatil kita jadi meriah kan. Hahhaha. Kau kan suka buat kau suka. Ilaa, aku mintak maaf kalau aku pernah buat kau sakit hati dengan aku ye.

Rose, aku tak rapat sangat dengan kau sangat. Tapi, sebagai housemate aku nak minta maaf kat kau kalau pernah buat kau tak puas hati dengan aku sepanjang kita duduk sama-2 satu rumah tu, Kau selalu tolong aku masa nak potong pape laa, nak siapkan untuk chef Pijaa kita tu masak. 

Unaa, Nasib baik tak tertinggal Unaa ni. Hampir terlupa. Sorry Unaa. Apa ye nak cakap?? Terima kasih Unaa untuk semua Unaa pernah bagi. Thanks selalu jadi teman masa kita balik Seremban sama-2. Maafkan jugak kalau kita pernah buat Unaa terasa hati, tak suka dengan cara kita. Sorry tauu.

Korang, entah dapat lagi ke tak nak merasa kenangan-2 macam ni kan. Ingat tak, kalau kita semua dah masuk dapur memang riuh la kita kat dapur tu. Aku rasa satu taman boleh dengar suara kita tu. Malam pulak kita duduk kat ruang tamu, baring-2 tengok tv. Kita tengok cerita Suami Sebelah Rumah sama-2. Pastu, sambung Akasia pulak. Setiap hari macam tu, Kalau balik kelas tu sesiapa yang tidur sanggup suruh kejut, tak pun bangun sendiri kan. Dengan muka mamai-2 tengok tv. Alahaiiii rindunyaaa korangg.

Korang, ni serba sedikit aku post untuk korang. Banyak kenangan kita sama-2 sem ni berbanding 2 sem lepas. Sem ni jugak kita semua boros sikit kan. Mana taknya boleh dikatakan kita ni tiap-2 minggu keluar kan. Banyak makan kat luar, sebab malas nak masak. Kita makan kat kedai makcik janda depan tu. Even masing-2 taknak sebab apa? Sebab mahai. Belum GST lagi harga dah mahal. Fuhh! Hahahahah! Kita selalu merungut taknak pergi janda tu. Tapi, tu jelah yang ada kat situ kan. Pergi je lahh. Ingat tak korang kita pergi kedai lagi satu tu. Entah apa nama kedai tu. Mula-2 pergi dah la tutup. Buat penat je jalan melintas semua. Last-2 pergi dekat kedai lagi satu tu. Tapi, ada sekali tu kita pergi lagi. Pastu kita jalan kat tepi-2 tu. Dah la masa tu baru lepas hujan. Dengan lecaknya. Ingat tak kita kena hon dengan satu Waja bengong tu. Sakit je hati. Tapi masing-2 boleh gelak-2 lagi. Hahhha!

Korangg, ada lagi. Kita kutuk pakcik sebelah rumah. Tapi pakcik tu la yang bagi kita roti canai satu malam tu tu. Pakcik tu macam tahu-2 je kita ni lapar masa tu. Hahha. Sanggup Ilaa turun tangga masa tu. Masa last day pulak boleh pulak dia bagi kita sayur. Dah la masing-2 sibuk nak balik. Dia boleh bagi pulak. Pastu, mangsanya aku la yang kena bawak balik segala sayur tu. Hahh! 

Hari ni dah genap seminggu kita berpisah. Aku tengok post-2 korang, sumpah RINDU wehh. Korang jaga diri okayy. Pape contact dalam WhatsApp group kita ya. Peace! Byee Korang, Assalamualaikum. 


Sincerely,
Syahiraa Aris

Saturday, January 3, 2015

Along


.Third January Two Thousand Fifteen.

Hari ni dah hari keempat Along kat hospital. Why?
Because accident. Dia kena petang New Year. 
Tayar motor pecah. 

Tadi baru dapat lawat dia kat hospital. 
*Antara sebab aku nak sangat balik rumah harini.*
Walaupun Mak kata TAK PAYAH balik.
Aku nak sangat tengok Along sebenarnya. 
Kesian sangat tengok keadaan Along tadi. 
Kena jaga dia kejap sementara Mak keluar beli something.

Patut lah aku tak rasa minggu ni nak balik even aku dah mula cuti Khamis hari New Year tu. Kalau tak Rabu petang memang aku dah balik Seremban. Disebabkan perasaan aku kata tak payah balik, rupa-rupanya ada benda nak jadi. Mungkin kalau aku balik petang Rabu tu, mesti aku jumpa Along kat atas highway tu. Allahuakbar!

Baru harini pulak tu aku boleh fikir sebab-sebab kenapa aku taknak balik. Kalau tak aku la RATU nak balik je kerja nya. Lagi-lagi kalau cuti lama. 

Bila dapat berita Along accident malam tu, hanya diri sendiri je tahu macam mana. Walaupun masa tu Mak call masa aku keluar makan dengan kawan. Dari gelak riang terus diam. 

Masa tengok tadi pun terasa sebak sangat. Baring je. Tak boleh bangun. 

Semoga kau cepat sembuh Long. In sha Allah. Amin.