Wednesday, June 29, 2011

Halllooooo....!


Wahh, Selasa sudah. Esok cuti. Mak ngan syuib pegi rombongan Kemas tu. Diorang pergi Melaka. Best la tu kan. Cerah mata diorang esok.

Tadi sekolah macam biasa. Rasa malas je nak pergi sekolah pagi tadi tahu. Tah ape yg aku malas pun aku taktao la. Tadi pun Dila tak datang. Abah dia tak sihat. Jadi, aku dgn Aida je la hari ni. Sunyi pulak Dila takde. Rindu je nak suara dia. Hee. Aida asyik cakap "Rindu Dila , rindu Dila" camtu la lebih kurang. Hee


First waktu sains. Aku, Aida, Pau, Aiman dgn Atok tak masuk sains. Cikgu Norehan suruh kemas kelas. Nasib sains satu masa. Lagipun mcm malas je nak masuk kelas sains hari ni. Kau syira, semua nak malas kan.  Ape nak jadi ni. Ish ish. Masa BM, aku duduk je tempat Dila. Tak kuasa aku nak pindah² ni. Punya la aku cuak dgn lisan aku yg tak buad lagi tu, boleh cikgu lupa. Cikgu cikgu. Lepas tu, belajar la macam biasa. Masa math aku duduk sorang je. Kesian tak? Mesti tak kan. Haha.

Then, waktu rehat. Aku dgn aida turun pergi kantin. Macam biasa beli nugget je. Pastu, kitorang naik kelas balik lalu menjamu selera. Hee. Lepas rehat, BI. Ni pun nak buad oral kedua pulak. Aduhaii. Payah betul laa. Tak suka tahu tak. Tapi apakan daya. Kena la buad jugak kan. Demi masa depan utk negara. Haha. Time tu jugak buad keje ape ea? Ha, buad informal letter. Tak habis gelak je. Yg mengeluarkan idea, Aiman. Sian kau. Hee. Sabar je la yer. Dah sedap buad ni, tgok la org lain dah copy kat buku dah pun. Kitorang ape yg dah siap. Hampehh. Haa. Tamat sudah waktu BI tu. Seterusnya, akaun la kan. Boleh la semangat nak belajar tadi. Padahal blur tu. Tah ape akaun tu akaun ni. Adoyy.

Akhir sekali, Agama. Yg ni lagi la, ustazah takde pulak. Kitorang duduk kat ape name tempat tu?? Santai ilmu ke ape tah. Pape je la ha. Ha, duduk la situ. Cikgu Gurmit dtg pun buad dont know je. Pastu, balik la kan. Yeayy, bas kosong lagi. Tp ade la dua tiga orang dalam tu. Cepat betul diorang turun. Lari ke ape. Huu.

Sampai taman, turun kedai. Nak beli air kelapa. Haus sangat². Stok air hari ni tak cukup pulak. Hee. Lagipun mesti lemah nti kalau takde air masa nak jalan balik tu kan. Last² sampai rumah. Bagi la salam. Pastu mak tyer kenapa balik awal. tah ape yg aku jawab lagi tah.

Ni, satu lagi. Heyy budak. Kenapa skrg ni kau suka cari² aku? Dulu kau buang aku jauh², ada kau fikir apa perasaan aku? Skrg ni nak datang² balik kenapa. Aku bukan nak kutuk apa la kan. Kau fikir la baik² yer. Sorry selama ni aku menyusahkan hidup kau. Aku harap kau faham okayy.

Ape lagi yg ade hari ni ea? Tah la, sudah la dulu. Penat taip. Ingat nak buad keje sikit kejap lagi. Tah bila nak tidur pulak tu ha. Takpe la. Abaikan. Okayy la , Gudnyte, bubbyee..... ((:

No comments: