Friday, February 24, 2012

:)))))))





Haiii semua. Selamat hari Jumaat. Sekarang dah 24 Februari. Berapa bulan je lagi nak SPM. Dua minggu lagi kalau tak silap aku dah exam bulan Mac. Alangkah cepatnya masa berlalu kan. Allahuakbar! Prepare tak lagi. Macam mana la result ujian first ni nanti. :/

Sekolah minggu ni happy je rasa hidup. Taktahu la hai kenapa. Yang best tu masa Sivik. Cikgu tanya apa kitorang buat kalau dah jadi ibu bapa nanti. Pastu, sure lah ramai yang nak menjawab kan. Ada yang jawab bagi kasih sayang. Tu biasalah kan. Jawapan utama. Pastu, ada pulak yang jawab bagi kaki. Tah apa lah kan. Haha. Harus lah gelak kan. Lawak gila.

Hari Rabu, kitorang koko macam biasa. Macam biasa pergi solat + makan semua. Tapi aku tak solat pun Tapi masa tu terasa penat sangat sangat. Masa Puteri Islam main gulung-gulung kertas nak buat bakul besarrr cikgu cakap. Aku dah la tak reti nak gulung-gulung tu. Bantai je la kan. Janji buat. Pastu, masa Prisma kene buat akronim apa tah. Aku dengan Pau dengan semangat buat la kan. Pastu, cikgu puji. Wahhh. Sape tak suka kan. Hiii :p


Hari Khamis, dari pagi sampai balik Aku, Pau, Aida, Dila aktif je. Asyik gelak je. Even pagi tu belajar Math macam blur je kan. Masa PJ kitorang main bola tampar. Aku taktahu la kenapa nak sangat main bola tampar. Rindu agaknya. Petang tu macam biasa la ada kelas tambahan. Heboh kat kelas sbb nak cari ustazah punya pasal. Jadi tak tentu pasal kitorang. Haha. Yang Atuk pergi kunci masa aku tengah rajinkan diri padamkan papan hitam kat kelas tu. Lepastu budak-budak ni Pau, Dila, Aida, Effa dgn siapa lagi tah masuk, kena kurung sekali. Siapa punya kerja? Atuk la kan. Bongok punya Atuk. Haha. Kitorang apa lagi jerit kat Atuk suruh bukak pintu tu. Jap gi, dia buat muka tak bersalah dia. Eiiii, sabar je lah dengan Atuk ni faham tak. Haha. Rupa-rupanya pintu tu tak kunci pun. Terkunci dari dalam. Haha. Tah pape la masing masing masa tu. Eiiii, rindu saat saat ni. :/

Hari ni, takde yang best pun. Selalu hari Jumaat mesti macam tu. Lepas rehat je aku mesti cakap kat Pau 'Bila nak balikn ni? Cepat la ha.' Ha, aku cakap macam tu laa. Hihi. Petang tadi aku pergi tusyen macam biasa. Masa gerak tu dari rumah tak hujan pun. Pastu, aku tengok langit dah gelap. Sekali tu kat highway Ya Allah lebatnya hujan. Tapi, tak lama pun hujan masa tu. Sabar la hati. Masa kelas aku tahan sejuk je la. Then, balik tu memang tersangat lebat la hujan. Risau je tak dapat balik ha. Last last reda jugak hujan tu. Pastu, aku jalan pergi The Store beli seluar Forest line pink. Hii, tu pun nak kecoh kan. Tadi pun, aku beli kasut sekolah baru. Ching ching. Esok terus pakai pergi kelas tambahan kat sekolah. Hihihihi. 

Okay, sekarang ni aku tengah cuba nak belajar untuk SPM nanti. InsyaAllah aku boleh. Aminnnn. :)))))
K dah. Taktahu nak cakap apa. Out, Study. ~ 


No comments: