Friday, March 9, 2012

08March2011

Dah lama Syira tak update blog ni kan. Lagipun blog ni takde la meriah mana pun. Tak mcm korang, ada jugak nak baca. But not to me guys. Yelaa, mana taknye, asyik bercerita pasal sekolahhh je kan. Mesti la bosan nak baca ye tak? Takpe, Syira faham tu. Okay, skrg ni bukan masa nak meluahkan perasaan ye. :D

Sekejap je dah bulan Mac kan. Hari ni dah hari Khamis minggu kedua bulan Mac. Cepatnya! Tak sampai 5 bulan lagi Syira nak trial SPM. Skrg ni, Syira tengah exam kat sekolah. Exam mula semalam. Dah mula ada perasaan masuk dewan exam untuk SPM nanti. Hihi. Kena la sedia dari skrg kan. Syira nak kira berapa hari lagi nak SPM pun mcm takutttt je. Yelaaa, tak prepare banyak lagi ni. Mcm mana la ni kan. :/

Ha, Sabtu hari tu, ada sekolah ganti.syira kena la pergi sbb nak hias kelas. Tp hari tu ramai yg takde. Ada yg pergi PD. Yang tak datang toksah ckp la kan. Hari Sabtu tu, kitorang belajar. Lepas rehat rehat tu baru dapat hias kelas. Dah la masa terhad. Orang pulak tak ramai. Tp, Alhamdulillah siap jugak. Sebelum balik tu, mcm taknak je tinggalkan kelas tu. Hihi. Balik tu penat la jugak. Petang nak tusyen pulak.


Ahad pulak, Syira dgn family pergi Teluk Kemang, Port Dickson. Ada Karnival Jom Masuk U. Act, Sabtu tu ramai member Syira pergi sana dgn rombongan sekolah. Syira ada perasaan jealous jugak la masa tu. Hihi. Pastu, Syira ckp kat Abah nak pergi sana jugak. ;p Mengada kan. Mula-mula, Syira rasa Abah taknak je pergi. Last-last pergi jugak. Sampai sana, takde la ramai. Sbb Sabtu tu byk sekolah pergi sana. Confirm la traffic jam kan. Nasib dia buat 2 hari. Kat sana, Syira tgok la gerai-gerai kat situ. Lepastu, kena isi borang macam-2. Nak masuk U. InsyaAllah. Penat isi borang je masa tu. Tp, seronok sangat, dpt spend time dgn family. Lepastu, Abah bawak kitorang pergi tepi pantai kat mana tah. Kitorang makan-2 la kat situ. Syira pun dah lapar tahap maksimum masa tu. Lagipun tengah hari dah. Petang sikit tu kitorang balik lahhh.

Isnin, belajar macam biasa. Pagi-2 sampai sekolah, Syira dgn Aida naik kelas. Nak tampal nama kat meja. Sbb hari Sabtu tu tak sempat nak buat semua tu. Pagi tu jugak, assembly mcm biasa. Nyanyi lagu semua semua tu la kan.

Selasa, hari ni takde benda yang best pun. Belajar macam biasa. Rabu kan nak exam. So, waktu last kena la susun meja. Banyak pulak buku kena bawak balik. Sakit bahu kita. :D Semalam, dah mula exam. Alhamdulillah boleh jawab. Tp sampai je paper Sejarah je blank kepala ni. Taktahu la hai. Masa tu jugak la nak blank. :/ Petang tu Syira, Aida, dgn Pau pergi City Park. Kononnya nak belajar la ni kan kat sana. Nak belajar Math. Kitorang duduk kat wakaf tu. Sekali hujan lebat pulak. Habis tempias. Sejuk pulak tu. Time tu pukul berapa tah. Sampai sana pun lambat. Masa balik tu, Ya Allah! Syira rasa orang kat situ mmg mengutuk kitorang punya laa. Seronok la sangat.

Hari ni exam Ya Allah crowded sangat jadual dia. Mentang-2 sejam-2 tak payah la crowded sangat. Huhh. Mmg tak sempat la kan nak ulang kaji. Lagi-2 paper lepas rehat, Agama dgn Sains. Tah ape yang Syira jawab, Syira pun taktahu la hai. Berserah je laa. Okay, esok last ‘SPM’. Haha. Esok hari last exam bulan Mac ni. Pastu cuti. Ching chinggg. Okay la, papepun thank you sbb baca. :D

SyieraAris <3

No comments: