Wednesday, March 21, 2012

Results ;)


First, welcome back to school yea korang. Macam mana school? Harap semuanya okay ya. Siapa yang exam sebelum cuti hari tu, mesti dah dapat result masing masing kan. Sama la dengan Syira ha. Hari Isnin tu pergi sekolah dengan hati yang berdebar la kan. Haha, ayat aku. Tak boleh blahh. Alhamdulillah exam first ni result aku okay je semua. Tapi, satu je Addmath. Subjek tu mmg tak target la kan. Kalau target pun sure tak pass jugak tu. Tu pun nasib naik 2 markah. Kalau tak, kosong je la markah Addmath tu. :/

Hari Isnin hari tu dapat paper exam English. Alahh, 68% je. Tak banyak pun. Hari tu sepatutnya dapat paper Sejarah jugak. Tapi, sebab kawan aku sorang belum buat exam tu teacher taknak la bagi dulu kan. Takpe la, aku tunggu la dulu. Then, dapat paper ICT. Just 70. 

Hari Selasa tu, pagi pagi dah dapat kertas Addmath. And, tu la markah dia tadi kat atas tu. Cantik kan. Astaghfirullahalazim. -,- Lepas tu dapat la kertas Agama. Agama pun 48. Apa nak jadi la ni kan. Balik kelas, waktu Akaun. Saat yang aku nanti nanti kan la. Sebab Akaun tu subjek tersayang la katakan. Hihi. Aku tunggu la teacher bagi paper. Sebelum tu Anuar dah datang kat aku cakap markah aku. Dah la penat masa tu sebab naik tangga. Hihi. Aku taknak la percaya sangat kan. Yelah, mana tau dia saja cakap macam tu ke kan. Bila dah dapat paper, aku senyum je lah. Barulah percaya kata kata kawan aku tu. Dalam hati mesti la gembira kan dapat markah banyak tu. :D Markah Math pun Alhamdulillah okay. :))

Tapi tapi tapi, masa ambil markah Akaun tu ada la konflik sikit. Ada lah sorang budak ni, malas nak mention nama lah kan. Selalunya bila dia dapat markah banyak nak mekak mekak / kecoh kecoh kat dalam kelas tu. Tahu la kau pandai, tak payah la nak heboh benar kan. Baru exam first kot. Aiyoo. Puas aku sabar. Aku malas la nak bergaduh dengan kau kan. Mmg tak daapt nafi lagi kau tu pandai. Tapi, cara kau tu buat orang menyampah faham tak. Hishh, tak baik kan aku ni. Bila aku dapat sama markah macam kau, tahu pulak kau diam kan. Tak bising. Kenapa? Malu ke sebab kau sama markah dengan aku? Malu? Masa Math pun sebab markah kau tak tinggi boleh pulak kau senyap. Hish, tak faham la dengan kau ni. --'

Nasib lah budak yang suka mekak tu tak datang hari ni. Memang bahagia aku rasa kalau dia takde. Memang tak baik kan aku ni kan. Syira Syira. Hari ni pun hari yang agak mengejutkan aku la. Kenapa? First time markah Science aku A. Alhamdulillah. And markah Sejarah pun okay jugak lah. Lulus. Alhamdulillah Alhamdulillah. Petang tadi pun dah umum result SPM. Jealous tengok diorang yang dapat 6A ke atas. Aku pun nak jugak macam tu. Syira boleh kan. Doakan Syira ye kawan kawan. ^^ 

* Alhamdulillah exam first ni banyak buat aku tesenyum walaupun markah agak memuaskan. Hihi. :)))

SyieraAris  ^^

No comments: