Wednesday, April 25, 2012



Haiiiiii. Firstly, bukak bukak blogger je dah kena upgrade yang baru. ( Menjerit kecil ) :D Memang blur la kan. Dah la tak faham lagi ni. So, kena la belek belek sikit nak bagi mahir sikit. Okay dah, sekarang ni den nak cito pasal sekolah hari ni yo.

Hari ni, pagi pagi bangun la seperti biasa. Dan pergi la sekolah macam biasa. Dah sampai sekolah, belajar semua macam biasa sampailah balik. Petang tadi, Koku macam biasa lah kan. Hari ni kan hari Rabu. Nak tahu petang tadi Syira masuk Pertandingan Hias Kek. Tapi, gambar kek takde pulak. Nanti kalau dah ada kat blog sekolah, insyaAllah Syira masukkan. Tapi, nak bagitahu awal awal la kan. Memang buruk la kek tu Syira kerjakan. Oh lupa, Syira masuk pertandingan tu dengan kawan Syira. Satu kumpulan 2 orang. Tapi, memang best lah. Dapat pengalaman baru hari ni. Korang ada yang pernah hias kek tak? Syira memang takde pengalaman pun sebelum ni. Tu first time. Hihi. Sure tak menang la tu kan. Yang palingggg best, dapatlah bawak kek tu balik. Hihi. :D

Tadi kan, Syira balik lambat. Sampai bas tinggalkan Syira lah. Mungkin Acik tu ingat semua dah balik agaknya.  Syira terpaksa la ikut Nazirah balik rumah dia. Nasib baik dia boleh hantarkan. Thanks tau Pau. Nak suruh Abah ambik memang tak la. Dia memang takde petang petang. Macam biasa la rutin dia dengan Ping-Pong.

Balik tadi jalan kaki dengan Nazirah. Wuhuuu, first time jalan kaki balik sekolah kat sini. Macam orang yang tinggal kat Taman Kelab dah. Hihi. Kitorang pun bercerita sampai lah kat rumah dia. Hari ni macam macam la yang dapat jadikan sebagai pengalaman. Balik tadi, memang penat la. Pukul 6 baru balik tadi. Nasib Mak faham. :))) 

Okay lah, sekarang ni nak pergi buat homework. Ada masa kita jumpa lagi ye. Bye bye, Assalamualaikum. :))

SyieraAris

2 comments:

taty nadiah said...

xcrs jln kaki. (:

SyieraAris said...

Aah. Exercise. Cari pengalaman. :))