Sunday, April 22, 2012

Tea Time ;)


Petang tadi, mak buat roti goreng rangup. Sedaapppp. Meh sini Syira share resipi nya. Sediakan pen atau pensel atau capai la apa apa kat situ. Ahha, yang penting tulis atas kertas la kan. Mana lagi kan. Tak kisah la buku ke apa. Okay, taknak la buang masa lagi kan. Okay, jom. :D

ROTI GORENG RANGUP 
  1. Roti secukupnya
  2. Serikaya - secukupnya
  3. 2 cawan tepung gandum
  4. 2 setengah cawan air
  5. 2 sudu besar marjerin
  6. 1 sudu kecil garam dan gula
  7. sedikit pewarna kuning
    ( bukan nak bagi perasa tp nak bg roti sedikit berkilat je )
Dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin , garam dan gula , bancuh dengan air ( guna pemukul telur lagi senang ). Warnakan kuning dan ketepikan. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya (dicantumkan roti). Potong ikut suka - nak buang kerak tepi pun boleh. Panaskan minyak. Celup roti tadi. Ke dalam adunan tepung dan goreng segera hingga keperangan.

* Kalau nak gulungkan roti pun boleh.

Dah siap. So, korang cuba lah. buat. Kalau jadi, rajin rajin lah kmen kat bawh. :))


SyieraAris

No comments: