Sunday, May 6, 2012

Away To Hijab


Hai. Lama tak update kan. Act, ada je idea, tapi niat takde nak post. Macam mana la blog nak meriah kan. Hari ni nak cerita sikit. Macam yang kita tahu, sekarang ni ramai perempuan dari tak pakai tudung, last last pakai tudung. Artis pun ramai jugak kan. Syira suka tengok Diana Amir pakai shawl tu. : ) Okay, cuba tengok tajuk entry Syira kat atas tu. Siapa yang boleh faham? K, Syira sekarang cuba nak tukar imej Syira sekarang ni. Syira nak pakai tudung. Ye, memang Syira pakai tudung, tapi, cuba tengok facebook Syira ada gambar free hair ada gambar pakai tudung. Walaupun banyak gambar pakai tudung tak mustahil kalau ramai dok mengata kenapa Syira macam tak series pakai tudung kan. Baik tak payah pakai tudung kalau macam tu kan. Mesti ada punya lah orang cakap macam tu. Sekarang Syira cuba series pakai tudung. InsyaAllah.Korang doakan lah sekali ye. Kenapa tiba tiba nak berubah ni? Bukan sebab orang pakasa ke apa. Mak Syira pun tak paksa Syira berubah. Apatah lagi Abah. Walaupun dia patut suruh berubah kan. Syira tahu, Mak dgn Abah mesti nak anak dia berubah even diorang tak pernah cakap kan. Tapi kan, Syira TAKUT sangat Syira tak dapat bertahan la dengan imej ni. Syira mula nak berubah hari Khamis lepas. Tarikh? 3 Mei 2012. Masa tu nak pergi kedai, Syira capai tudung sarung ( malas nak iron punya pasal ) dengan baju lengan panjang. Nasib Mak Abah tak tanya macam macam. Act, Mak dah tahu niat Syira tu. Dialah orang paling rapat dengan Syira dalam family. Biasalah ibu kan. Hari Rabu tu, Syira cakap kat Mak. mintak pendapat dia kalau Syira pakai tudung macam mana? And, Mak memang sokong la kan. Siapa taknak sokong niat baik macam ni kan. Pastu Syira fikir punya fikir, Syira memang nak berubah. Jujur Syira cakap, kadang kadang jeles tengok orang pakai tudung/shawl. CANTIK kan! Sekarang ni dengan macam macam gaya tung la, shawl la. Kan. Selalu tengok tutorial kat YouTube. Orang yang buat tuto tu semua cantik cantik. ( Kembang dah. Hihi.). Ha, ada sorang akak ni, dia buat tuto shawl simple tapi cantik je. Alahai, nama dia IMAsahaja. Last but not least, Syira harap ni langkah yang terbaik dalam diri Syira. Syira harap jugak, kawan Syira sorang ni dapat jadi macam ni. ^^. 
Thanks for read. 




No comments: