Thursday, May 24, 2012

Sambutan Hari Guru :)



Sempena dengan tema hari guru tahun ni Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara, doa dan harapan kami semoga semua guru dapat menyelami tema yang diberikan dan sentiasa sukses dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah exam Mid Year dah pun habis. Tunggu keputusan je lagi ni. Berdebar. Hari ni, Khamis 24 Mei kitorang kat sekolah ramai ramai sambut hari guru. Siapa yang sambut hari guru hari ni jugak? Angkat tangan cepat! Nak kira. Hihi. Okay, dah dah. Pagi tadi bangun la nak pergi sekolah macam biasa kan. Sekali tu bangun nak pergi mandi Mak cakap, "Gas dapur dah habis. Tak dapat nak goreng kentang kau." Aku pulak senyum terpaksa. Yelahh, sebab mamai kan masa tu. Syira pun dah taktau nak buat apa. Last-2 Mak cakap dia nak ganti duit kentang tu balik. So, pagi tadi kentang tu takde la sebagai makanan. Hihi.

*Alamak! Gelap pulak.

Pagi tadi hujan turun tiba-tiba pulak. Ah sudah, Syira risau lebat je. Tapi, naik je lah tunggu bas macam biasa. Akhirnya berhenti la jugak hujan tu. Tapi, masa sampai kat sekolah, perhimpunan basah sangat-2. Memang takde perhimpunan la kan. Syira dengan Aida naik la kelas kemas-2 sikit. Pagi-2 dah sempat snap gambar. Hihi. Memang tak sabar ha. Excited. Hihi. Yang penting hari ni memang banyak snap gambar. Yelahh, lama tak bergambar kat sekolah tu. Tahun ni baru pertama kali. Ecececeh. Hii. 


Apa lagi nak sambung ea? Alaa, ni yang malas ni. Ha, okay okay, dah ingat sikit. Sikit jelah. Menyampah pulak kan. Mintak penumbuk agaknya kau ni Syira. Hari ni active bergambar sebab tahun ni kan tahun last Syira sekolah. (Tak sabar-2 nampak) Hihi. Ambik gambar depan kelas tu macam wahhhh je. Taktau la kenapa. Sukaaaa sangattttt. Panjang pulak tu. Haha. 




Gambar kat atas ni gambar masa dalam kelas sementara menunggu ketibaan cikgu-2 tersayang kita orang. Nak hilangkan bosan la katakan. Hihi. Tak lama lepas cikgu-2 pun datang bertandang kat kelas. Pengetua pun ada. Nah, tengok gambar kat bawah ni. Kitorang sempat ambik gambar dengan berapa cikgu je. Sebab yang lain takde. Dengan guru kelas sendiri takde pun gamba. :/

* Ni lah Pengetua kita orang. ^^

* Yang ni dengan cikgu Math, Cikgu Romsina.

* Ni teacher Akaun kita orang k.

* Last, yang ni teacher English kami. ;)

Sesudah tu, masa untuk kemas kelas. Sedang kemas tu pun boleh lagi ambik gambar. Haha. Part ni memang gelakkkkk je. Sabar je la dengan diorang ni. Syira siap jerit jerit lagi. Jerit itulah, jerit inilah. Haha. Penattt tahu. Walau pun ramai yang takde kitorang peduli apa kan. :D Ya Allah, best sangat sangat tadi. Mesti rindu nak macam tu lagi. Tahun depan dah tak rasa dah hari guru ni semua. Sob sob :') 

* Ni betul-betul depan kelas kita orang. Kelas 5A1. 

* Ni lah kenangan kitorang tadi. :D

* Sama lah kenangan. :')



Ha, gambar atas ni, Syira sukaaaaaa sangattt sebab tengok la muka diorang. Macam apa kan. Haha. Memang seronok la sambutan tahun ni. Berbeza gila dari tahun lepas kan korang. Okay lahh. Penat aku taip. Dah taktahu nak cakap apa. Esok merentas desa pulak. Lepas tu cuti dua minggu. Minggu first kena pergi sekolah jugak. Cikgu dah atur jadual untuk kitorang. Lepas ni share pasal merentas desa plus cuti sekolah pulak ye. :)))

* Maaflah kalau tak faham apa yang diceritakan.
 .Assalamualaikum.


No comments: