Sunday, June 24, 2012

Cousin's Wedding - 24 Jun 2012

Pertama sekali, Syira ucapkan Selamat Pengantin baru untuk kakak saudara Syira. Nama dia Kasmawati, pasangan dia Kamal. Dua-2 'K'. Best kan. Hihi. Semalam Akak tu akad nikah. Tapi Syira tak dapat tengok. Sebab Syira tusyen kan. Penting tuuuu. Rugi kalau tinggal kan. Tapi, adik-2 Syira pergi. Hantar jadi wakil la konon. Hoho. Mak Syira pun tak pergi. nak teman anak dia yang sorang nii. Hihi. Lagipun Abah Syira kerja kat KL. Kalau kat Seremban ni senang je dia mintak cuti. Tu pun kalau dapat lah kan. Nasiblah hari ni dapat pergi sebab Abah kerja malam. Baiklah, kita sambung cerita. ^_^


* Mula-mula tayang gambar dulu. ^^

Ha, ni nak cerita pasal perjalanan nak pergi majlis kahwin tadi. Haha. Biar Syira gelak dulu. :D Oh, sebelum tu lupa nak cakap, diorang bersanding kat tepi Taman Tasik Titiwangsa tu. Best tak, Best tak? Jakun sekejap sebab tak pernah pergi majlis tepi tasik lagi. Hihihi. Okay, pagi tadi gerak keluar dari rumah Syira kat Seremban ni dalam pukul 8 pagi. Awal kan. Dah la mengantuk lagi masa tu. Then, Abah cakap kereta tu ada something wrong. Masa ni mood Syira dah down sikit. Yelah, siapa suka kereta problem semua tu kan. Pastu Abah pergi kedai tukar plug. Tapi, tak elok jugak. Terasa kereta tu jalan atas jalan kuning tu ha. Bayangkan lah gegaran dia macam mana. Haha. Tapi, kitorang meneruskan perjalanan walaupun tak selesa tu kan. Nak berborak dalam kereta pun tak best. Hishhhh -,- Sampai kat bukit nak pergi Manti tu (tah faham ke tak tu), lagi teruk kereta tu. then, Abah berhenti lah tepi jalan nak tengok apa yang berlaku kan. pastu, Abah keluar, nak tahu apa jadi tu??? Tengok bawah ni.
|
|
|
V

Dah tengok? Ok, meh sini Syira bagitahu. Tu, tayar dah pecah. Itulah yang terjadi tadi. Dengan baju cantik-2 pastu dok tepi jlan. Orang dok pandang je kitorang. Haha. Rupa-2 nya tulah punca kereta tu buat hal. Syukur Alhamdulillah, akhirnya sampai lah kitorang kat Tasik Titiwangsa tu. Kat sini, mulalah aktiviti kitorang ambil gambar. Kat bawah ni lah antara gambar yang kitorang snap tadi. 
|
|
|
V
* Hari ni Syira bersongket oren.

* Pelamin dengan pulut kuning

* Dengan cousin yang baru setahun semalam ^^ Alolo, gerammmmm


* Kakak ft Adik. :D

Gambar kat atas tadi tu sebelum pengantin sampai. Tak lama lepas tu pengantin sampai. Diorang kan naik kereta kuda. Bestnyaaaaaaaaaaaaa! 



* Sama cantik semestinya sama padan kan. ^^

Tak lama lepas tu , Abah ajak naik benda apa tah nama dia. Dengan baju kurung tu alaaaaahaaiiiii, kelakar lahhh. Kayuh benda tu penat. Sakit kaki. Masa nak naik balik tu, sebelah selipar Syira jatuh dalam air. Ingat tak dapat ambik dah. Tapi, tak lama lepas tu, selipar tu datang balik. rindu tuan lah tu. Haha. Kelakarrrrr !



* Sempat berposing. :D

Dalam pukul 5 kitorang berangkat pulang. Dalam satu jam Alhamdulillah sampai jugak kitorang kat rumah. Okay, sampai sini jelah okay. Esok Syira nak sekolah. Doakan hari esok hari yang terbaik untuk Syira. Aminnnnnn. :))))

                                                                                                                                                               

No comments: