Friday, August 3, 2012

6 Julai 2012 !


Hai semua. Kita bertemu lagi. Hari ni dah 14 Ramadhan. Esok 15 Ramadhan dah. Sekejap je kan. Tu lah berkat puasa agaknya. Malam ni Syira nak share pasal benda yang dah nak dekat sebulan berlaku. Haha, lama kan. Tu la, malas nak update kadang-2. Takde masa sangat. Online FB ada je masa kan kau Syira. Hihi. :D 

Cerita dia berlaku 6 Julai 2012 lepas. Sekarang dah 3 Ogos dah ha. Lama dok? Lama lah kan. Masa ni ada macam Kem Bina Insan. Hihi. And, kena tidur satu malam kat sekolah. Wow, itulah pertama kali Syira tidur kat sekolah Mambau ni. Mula-2 niat hati taknak pun tidur kat sekolah tu sebab Syira ada tusyen, tapi memikirkan tahun terakhir kat sekolah tu kan. Lagipun, ramai kawan Syira taknak join. Terutamanya Aida dgn Dila. Aida sebab ada Family Day kat Melaka. Dila pulak, sebab apa dah tak ingat. Tapi, Syira dengan Pau pujuk la dua manusia ni suruh pergi jugak. Akhirnya, dengan berkat hasil pujuk rayu dan doa kitorang tu, Aida dgn Dila ikut jugak program tu. Alhamdulillah. Baru lah seronok macam tu kan. 

Bermula lah aktiviti kitorang hari tu. Mula-2 masa sampai kitorang daftar diri. Lepas tu ada ice-breaking. Cikgu Azizah suruh kitorang lukis gambar kitorang sendiri. Konon nak bagi orang kenal lah kan. Haha. Tapi, macam-2 gambar yang kitorang jumpa. Haha. Lepastu, cikgu agihkan kitorang dalam kumpulan. Kitorang semua terpisah. Tapi, Syira dpt satu kumpulan dgn Pau. Dila dgn Aida kumpulan lain. Pastu, cikgu bagi setiap  kumpulan telur ayam yang belum masak tu dengan peralatan-2 yg lain. Kitorang kena balut sampai yakin telur tu tak pecah bila kena baling. Lepas dah siap tu, cikgu Zia dgn cikgu Tengku baling kuat-2 kitorang punya tu. Alahaiiiiiii, risau sangatttttt ! Petang tu, kitorang riadah. Budak perempuan senamrobik dgn cikgu. Dah, malas pualk nak cerita ha. :D 

Malam tu pulak ada program apa tah. Cik Mat yg handle. Kitorang malam tu ramai yang melalak (menangis) Sayu je malam tu. Lepas program tu habis, Cik Mat haramkan kitorang cakap lepas program tu sampailah subuh esoknya. Tapi, memang tak lah kan nak tahan. Last-2 cakap jugak. Hihi. 

Keesokan hari, pagi tu ada teknik menjawab Agama. Pastu, ada program yang terakhir. Then, masa untuk pulang and Syira pergi lah tusyen dengan kepenatan yang tak hilang lagi masa tu. Okay lah sampai sini je. Salam Sayang, SyieraAris ^^

No comments: