Wednesday, August 1, 2012

TRAGEDI :/


Hai, rasanya dah lama Syira tak update kan. Semalam ada pembaharuan dengan lagu kat blog Syira ni. Syira tukar lagu AdaMu - Najwa Latif. Cuba dengar, best kan. Tapi, kawan Syira ada cakap tak best lagu ni. Taktahu lah korang macam mana kan. Hari ni, baru je kejap ha. Tengok lah, profile Syira dah berubah warna. PINK? Ok ke tak ea? Sila komen. :D Ada masa Syira ubah lagi. Act, Syira tak reti pun guna Blogskins ni. Mengada je ni. Tapi, adik Syira memang terel lah dgn Blogskin ni. Cantik blog dia ala-ala K-Pop gitu. HAHA.

Okay, tujuan Syira update ni ada benda Syira nak share. Semalam kat sekolah ada Pentaksir Negeri datang. Semua pentaksir ada. Akaun lah, ICT lah, apa lagi tah. Ramai sangat. Syira kena dengan Pentaksir ICT. Memang risau lah kan. Nasib baik just ubah kerja khusus tu. Tapi, penat sangat. Duduk dalam makmal tu 5 jam tahu. Ya Allah. Best jugak lah sebab dapat duduk dalam bilik ber-aircond lama-lama. Hihi. Pastu, masa balik pulak Syira kena tinggal bas. Wuaaaaa! Mmg dah buntu, taktahu nak balik naik apa. Abah Syira kerja. So, takde siapa boleh ambik. Nasib baiklah Anuar ada nak tolong hantar. Tu pun pinjam motor member lagi sorang. Imad nama nya. Terima kasih sangat-sangat tahu Anuar, Imad. Kalau takde korang taktahu lah macam mana semalam. Zul pun sama tahu. Terima kasih.

Dalam masa yang sama, nak tahu tak kawan-kawan, kasut Syira HILANG! Syira tahu awak-2 akan gelakkan Syira kan. Tapi, benda ni tak main-main okay. Serius ni. Siapalah yang ambik kasut Syira tu kan. :/ Pagi tadi cikgu dah siap announce dah pasal kasut tu. Tapi, takde lah sampai sebut nama Syira kan. Mak Syira ckp, "Dah Form 5 pun kasut hilang?" Pelik benar tu eh Mak? Hihi. 

Okay lah. Tu je Syira nak share malam ni. Korang semua pergi terawih ea? Bestnya. Okay lah. Selamat berjumpa lagi. Selamat berpuasa semua. Salam sayang, Syiera Aris. ^^

No comments: