Monday, October 8, 2012

Berdebar

Hai, Berjumpa lagi kita ye. Even tak nampak muka kan. Hihi. Selepas apa yang Syira update hari tu, risau jugak rasa. Taktahu lah kenapa tu. *Abaikan.

Hari ni Syira nak story lah sikit pasal apa Syira tak sure lah. Ok, BM tunggang langgang ! Hurm, results Trial dah pun keluar. Macam mana? Sangattttt terukkkk! Malu lah nak bagitahu. Alahh, semua bukan nak tahu pun kan. Huh, macam mana nak result okayy. Dah kau asyik menhadap laptop je. Study pun jarang kan. Sedar lah diri tu tu lagi berapa hari je lagi nak SPM Syira oiii! Hishhh, okay, emotional sekejap. Eiii, bila lah nak pandai ni. =| lagi dekat nak SPM ni lagi malas Syira nak sentuh buku. Ya Allah! Apa nak jadi ni?! Kadang-2 sebab terlampau memikirkan masalah Syira jadi malas macam tu. Markah Trial banyak merudum. Teruk gila!

Lagi satu, Syira risau jugak dengan kawan-2 Syira tu. Kitorang ni sama je perangai. Macam mana nak banggakan parents kalau macam ni. Mak Abah dah doa macam-2 dah untuk aku sebagai anak ni. Kalau result down, tak ke diorang mesti kecewa lah dengan aku ni. Macam mana jugak nak sambung study nanti? Impian kitorang nak naik pentas sama-2. Moga tercapai. Aminnn. Kau fikirlah baik-2 ye Syira. Korang, tolong doakan jugak SPM Syira nanti ye. TERIMA KASIH BANYAK! 

Oh, hari ni dah mula gerak gempur. Tadi gerak gempur BI. Soalan Terengganu dia bagi. Perghh! Susah jugaklah. nasib buat paper 2 je tadi. Kalau paper 1 sekali memang idea macam kat padang pasir lah. Takde idea langsung. Lagipun, series tak ready pun tadi. Macam ada takde je gerak gempur tu. Tu lah payah nya sekarang ni. Macam takde semangat je ha. Macam mana nak result meletup?! Esok pulak gerak gempur BM. Kertas 1 dengan kertas 2 esok. Harap-2 dapat lah jawab. Oh ya, nak tanya, korang ada tak gerak gempur? Gerak gempur korang macam mana ea? Macam exam ke? Pelik! 

No comments: