Friday, October 5, 2012

Pelajaran Dan Cita-Cita

*Super orange kat atas ni.

Hai semua. Hopefully awak-2 sihat lah ye di samping family yang tersayang. Wow! Korang perasan tak dah lama ha Syira tak update Blog ni kan. Last entry yang kat bawah ni ha. Sebulan jugak kan Syira tak update blog ni kan. Patutlah follower tak meningkat. Kalah adik Syira tu ha (Miss Korea) ^^. Okay, alang-2 mandi biarlah basah. Ha, kan dah keluar peribahasa tu. Haha. BM kan utama. Sambil-2 tu boleh la study balik. Okay, maksud Syira tulis peribahasa tu adalah untuk membersihkan kawasan-2 blog yang dah terbengkalai ni. Lebih mudah gotong-royong jelah. Kan senang! By the way, Sorry guys sbb terlalu banyak merepek. 

First of all, Syira nak jugak share pasal Trial yang sebulan dah berlalu. Even dah habis tu kan, Mesti kena ingat sebab duduk jawab paper dalam dewan yang panjangggg tu! Hihi. Takpe kan meluahkan kat sini kan? Ok, soalan trial hari tu, so  far so good. Takde lah semua senang and semua susah. Standard lah kan ada yang boleh jawab and ada yang tak boleh. Result? Of course dah keluar. Hurmmm, I just get 2B only. Yang lain banyak gred C. Tp hampir-2 nak cecah B dah. Bukan nasib kan. Syira dah cuba yang terbaik dah hari tu. Insya-Allah SPM nanti berusaha giat lagi. Cikgu-2 dah buat macam-2 program lepas kitorang trial hari tu. Mana tahu berkat cikgu doa untuk pelajar dia, ramai yang naik pentas masa ambik result nanti. AMINN :) 

Minggu depan pula dah mula gerak gempur untuk SPM. Yakin boleh, SYIRA !
Okay, selesai yang tadi. Sekarang pulak nak kongsi satu rahsia. *Dah macam iklan OREO tu ha. Hihi. Okay, sambung. Syira sebenarnya bila dah besar nanti, (ehh, memang kau memang dah besar ke Syira oii?) Syira nak jadi pramugari. Atau bahasa bandar nya stewardess. Syira tahu mesti ramai akan kutuk Syira macam-2 punya lah. Syira percaya benda ni akan berlaku. Mesti ramai tak suka dengan pramugari ni kan. Tu hak korang nak cakap apa. Benda ni kita kena satu je iaitu YAKIN! Nilah cita-2 Syira. Bukan nak kejar glamor or apa. Ni lah mungkin kerjaya Syira satu hari nanti. :| Yang penting Mak Abah Syira restu Syira nak jadi pramugari ni. Pramugari mana? Pastinya Malaysia Airlines. :) Syira ingat Syira tak berpeluang nak jadi stewardess ni. Tapi, sejak lepas dengar ceramah 'awan biru' Isnin hari tu, tak terkata lah kan. Memang MINAT sangatttt! Tak kisah lah kan korang nak cakap apa pasal Syira ni. Syira tak kisah. This is my life. Kalau pandai bawak diri insya-Allah kita boleh hindarkan benda-2 tak baik tu. Right? Yang penting dalam diri kita ni ada KEYAKINAN! 

I want to be like her. But i'm be covered. ^^

Cewahh, dah macam melampau je. Okay, kalau ada yang terasa tu Syira mintak maaf sangat-2 ye. 
Okaylahh. Sampai sini je dulu. Malam ni Syira nak pergi sekolah sebab ada solat hajat untuk PMR and SPM. Hari ni 5 Oktober, ini bermakna lagi sebulan nak menduduki exam. Harap dengan keyakinan yang ada akan dapatlah keputusan yang membanggakan. Aminnn. 

Special thanks to you all. Salam Sayang, Syira Aris. 

Much Love. :)

No comments: