Friday, July 18, 2014

THE BEST MOMENT



Hai semua. Harini dah 20 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah. And minggu depan dah balik cuti raya. Yeayy! Betapa gembiranya rasa hati *sambil nyanyi lagu raya* walaupun tak pergi beraya ke kampung sedara mara tahun ni. Sebab semuanya busy busy belaka. Yang busy cuma Abah sama Along. Kerja meh. Heheh. Maybe takde masa nak beraya sana sini.
 
Ececeh. Macam sedih je tak dapat beraya sangat kan. Alah, dah terasa biasa je. Kampung Mak jauh sangat, tak berkesempatan nak balik lagi. Insya-Allah, ada rezeki sampai la kaki ni kat sana tu. Aminnnnnn.

*Tarikh sepatutnya 17 Julai 2014 (Khamis)

Ok, jom kita masuk topik untuk pagi yang nak ke tengah hari ni. Alahai, aku ni dah semester 2 baru nak update blog ke? Nampak tak? Tu nak kata busy ke malas tu? Sebenarnya ada je nak cerita dalam blog ni. Tapi, entah lah, tangan ni kaku bila depan keyboard. Entah kenapa hari ni pulak rajin tetiba. *ok, melencong lagi*
Dah dah! Tah apa benda lah yang aku bebelkan tu. Haishh. *DushDush* Bawak bersabaq na. Ok, hari ni Syira nak la cerita sikit pasal  program kelas semalam. Apa program tu? Emm, PROGRAM TAUTAN KASIH ANAK YATIM. 
Yes, memang Syira ada perasaan jugak siap berangan-angan nak bawak anak yatim jalan beli barang. Akhirnya, alhamdulillah dapat jugak peluang ni. Walaupun usia masih muda. Kihkih. Muda ke hang? *UhukUhuk
Ok, berbalik kepada aktiviti semalam. Sepatutnya plan nya nak pergi harini (Jumaat). Tapi, disebabkan ada masalah apa pun eden taktahu lah kan, so kitorang terpaksa pergi semalam. Program kitorang mula dalam pukul 8 pagi dan berakhir dalam pukul 1 petang. Perjalanan kitorang bermula dengan menjemput adik-adik kat sekolah. *Oh ya, lupa pulak nak mention nama sekolah yang terlibat. Sekolah nya ialah SK Malim, SK Limbongan, dan SK Tengkera 1. Semua sekolah ni kat Melaka. Dan jumlahnya 35 orang.


Lepas kitorang dah jemput adik-adik ni tadi, terus kitorang pergi Mydin MiTC Melaka. Sebab Mydin sponsor kitorang semalam. Lepas kitorang dah dengar taklimat bagai dari abang Mydin tu, terus kitorang mulakan aktiviti kitorang. It is carikan sepersalinan baju raya untuk adik-adik ni tadi. 



Jujur cakap, memang taktahu nak carikan macam mana untuk adik-adik ni. Dah la limit time 1 jam je. Apakah? Sempat ke tak tu kan. Kalau Syira berjalan pun mesti lama punya. *Biasalah tu kan. Huhuhuuu. Jalan punya jalan tak jugak jumpa apa yang adik ni berkenan. *Adik ni tinggi macam Syira dan kurus. Lagi pulak dia nak cari baju casual. Huh, memang mengeluh dlaam hati masa tu sebab taktahu nak pilih fesyen macam mana untuk dia. Yang ini taknak, yang itu taknak. Payah. Payah.




Akhirnya, siap jugak pilih baju-baju adik ni. Lega rasa masa tu. Tapi, nak tunggu bayar pulak memang lama. Sebab semalam pun nampak macam ramai jugak adik-2 sekolah lain datang shopping sekali. Siap ada orang rakam video lagi. Kitorang pun ada la jugak selit-selit nak masuk dalam rakaman tu. Hahhaahhaa. Tah apa benda la kitorang ni kan. Tengah kitorang tunggu giliran kat kaunter tu, datang sorang 'pakcik' ni. Ehem sebenarnya dia Timbalan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Y.B Datuk Dr. Abu Bakar. Sejujurnya, memang tak kenal pun dia ni. Hikhik. Tapi, nak cakap la, dia ni memang sporting betul. Tak kering gusi duduk situ masa tu. Hahahah. Siap bergambar lagi dengan dia. *wink


Dan, siap jugak lah akitiviti kitorang semalam. Kitorang pun pulang. Sebelum tu kita hantar la adik-adik ni dulu balik sekolah diorang. Kesian adik-adik ni, nampak letih je semalam. Yelah, penat pilih baju ye dik? Heheh. Lepas tu, kitorang pun balik poli sebab kena masuk kelas. Sejujurnya, semua budak kelas Syira nampak letih. Termasuk la saya sekali.



Tapi, aktiviti ni la nampak merapatkan sikit hubungan kami sekelas. Dan, akan dijadikan kenangan sampai bila-bila. InsyaAllah. Semoga kita bertemu lagi. Assalamualaikum.





No comments: