Saturday, January 3, 2015

Along


.Third January Two Thousand Fifteen.

Hari ni dah hari keempat Along kat hospital. Why?
Because accident. Dia kena petang New Year. 
Tayar motor pecah. 

Tadi baru dapat lawat dia kat hospital. 
*Antara sebab aku nak sangat balik rumah harini.*
Walaupun Mak kata TAK PAYAH balik.
Aku nak sangat tengok Along sebenarnya. 
Kesian sangat tengok keadaan Along tadi. 
Kena jaga dia kejap sementara Mak keluar beli something.

Patut lah aku tak rasa minggu ni nak balik even aku dah mula cuti Khamis hari New Year tu. Kalau tak Rabu petang memang aku dah balik Seremban. Disebabkan perasaan aku kata tak payah balik, rupa-rupanya ada benda nak jadi. Mungkin kalau aku balik petang Rabu tu, mesti aku jumpa Along kat atas highway tu. Allahuakbar!

Baru harini pulak tu aku boleh fikir sebab-sebab kenapa aku taknak balik. Kalau tak aku la RATU nak balik je kerja nya. Lagi-lagi kalau cuti lama. 

Bila dapat berita Along accident malam tu, hanya diri sendiri je tahu macam mana. Walaupun masa tu Mak call masa aku keluar makan dengan kawan. Dari gelak riang terus diam. 

Masa tengok tadi pun terasa sebak sangat. Baring je. Tak boleh bangun. 

Semoga kau cepat sembuh Long. In sha Allah. Amin.



No comments: